Jam dah tunjuk pukul 1.00 pagi 16 Jan 2012.. Permulaan minggu baru... 15 jan 2012 adalah hari ahad. semasa orang sedang leka berehat bersama keluarga, saya sedang merancang plan bagaimana nak tambahkan rakan-rakan agen takaful saya.. saya nak jadi jutawan tapi saya juga bawa bersama ramai lagi jadi jutawan bersama-sama saya.
Jadi hari ni setelah buat sedikit persediaan saya teruskan langkah promosikan jawatan sebagai agen takaful secara online. alhamdulillah dalam masa tak lebih dari 2 jam saya terima 4 respon dari rakan-rakan yang saya tak kenal pun. Mereka berminat nak tau lebih lanjut tentang kerjaya sebagai agen takaful..
dapat call mereka, seorang confirm nak jumpa minggu ni untuk tahu lebih lanjut. Dua orang nak tengok-tengok dulu.. tapi rasanya boleh bawa mereka terus ke ofis agensi kami hujung minggu ni kot.. yang sorang lagi agak terhad masa, nanti kena plan semula bila nak jumpa..
Alhamdulillah... Semakin saya bersyukur semakin cerah jalan untuk jadi Jutawan Takaful ni.. Semoga anda juga teruskan bersyukur dengan apa sahaja nikmat Allah.. Rezeki anda pasti akan bertambah..
Baiklah.. setakat ini dulu untuk pagi ni.. nak kena tidur kerna minggu baru akan muncul.. semoga anda semua sejahtera sentiasa..
No comments:
Post a Comment