Jam dah tunjuk pukul 1.00 pagi 16 Jan 2012.. Permulaan minggu baru... 15 jan 2012 adalah hari ahad. semasa orang sedang leka berehat bersama keluarga, saya sedang merancang plan bagaimana nak tambahkan rakan-rakan agen takaful saya.. saya nak jadi jutawan tapi saya juga bawa bersama ramai lagi jadi jutawan bersama-sama saya.
Jadi hari ni setelah buat sedikit persediaan saya teruskan langkah promosikan jawatan sebagai agen takaful secara online. alhamdulillah dalam masa tak lebih dari 2 jam saya terima 4 respon dari rakan-rakan yang saya tak kenal pun. Mereka berminat nak tau lebih lanjut tentang kerjaya sebagai agen takaful..
dapat call mereka, seorang confirm nak jumpa minggu ni untuk tahu lebih lanjut. Dua orang nak tengok-tengok dulu.. tapi rasanya boleh bawa mereka terus ke ofis agensi kami hujung minggu ni kot.. yang sorang lagi agak terhad masa, nanti kena plan semula bila nak jumpa..
Alhamdulillah... Semakin saya bersyukur semakin cerah jalan untuk jadi Jutawan Takaful ni.. Semoga anda juga teruskan bersyukur dengan apa sahaja nikmat Allah.. Rezeki anda pasti akan bertambah..
Baiklah.. setakat ini dulu untuk pagi ni.. nak kena tidur kerna minggu baru akan muncul.. semoga anda semua sejahtera sentiasa..
Travelog Jutawan Takaful
Sebuah Blog Kembara Seorang Insan Biasa Untuk Menjadi Jutawan Dalam Perniagaan Takaful. Doakan Dia Berjaya...
Sunday, 15 January 2012
Saturday, 14 January 2012
Ada Kawan Lama Nak Join Jadi Penasihat Takaful
Alhamdulillah... hari ni cukup gembira sebab salah seorang kawan baik sejak kat universiti dulu terbuka hati nak join agency kami. Saya memang dari awal lagi dah menjangka bahawa dia akan ikut serta agency kami sebab saya tau dia adalah seorang "hardcore businessman"..
Selepas sedikit penerangan tentang aktiviti saya sekarang iaitu sebagai Penasihat Takaful, saya buka cerita tentang peluang baru yang muncul sekiranya dia berminat nak join.. Pihak Agency telah keluarkan satu insentif baru kepada penasihat takaful yang baru nak mula.. dengan hanya close 5 kes setiap bulan pihak agency akan berikan "elaun" atau lebih tepat advance commision setiap bulan sebanyak RM1500 selama setahun.
Terbelik nampak mata dia... dengan penuh minat dia dengar penerangan saya... dan akhirnya dia terus minta borang untuk daftar sebagai Penasihat Takaful dari saya..
Saya memang akan jadi jutawan.. dan saya tahu dia juga akan jadi jutawan... kami akan kerja bersama-sama mencapai matlamat ini.. doakan kami ok

Thursday, 12 January 2012
Bermulalah sebuah kembara bakal jutawan takaful
Dengan ucapan Bismillahirahmanirahim saya mulakan Travelog Jutawan Takaful. Tujuan saya menulis di blog ini adalah sebagai ruang untuk saya merekodkan segala usaha dan aktiviti saya sebagai seorang perunding takaful malaysia.
Saya berharap apabila saya sudah menjadi jutawan takaful nanti bolehlah saya rujuk semula blog ini dan semoga blog ini juga dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada semua yang bercita-cita untuk jadi kaya dan berjaya dengan perniagaan takaful.
Bak kata pepatah "untuk capai seribu langkah kita perlulah bermula dengan langkah pertama".
Semoga anda semua sudi untuk menjadi pembaca yang setia untuk travelog saya ini dan sudi menyelusuri segala langkah-langkah yang saya akan dan telah lalui dalam proses untuk menjadi Jutawan Takaful ini.
Semoga kita sama-sama akan jadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.. aminnnnnnn..

Subscribe to:
Comments (Atom)