Thursday, 12 January 2012

Bermulalah sebuah kembara bakal jutawan takaful

Dengan ucapan Bismillahirahmanirahim saya mulakan Travelog Jutawan Takaful. Tujuan saya menulis di blog ini adalah sebagai ruang untuk saya merekodkan segala usaha dan aktiviti saya sebagai seorang perunding takaful malaysia.
Saya berharap apabila saya sudah menjadi jutawan takaful nanti bolehlah saya rujuk semula blog ini dan semoga blog ini juga dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada semua yang bercita-cita untuk jadi kaya dan berjaya dengan perniagaan takaful.
Bak kata pepatah "untuk capai seribu langkah kita perlulah bermula dengan langkah pertama".
Semoga anda semua sudi untuk menjadi pembaca yang setia untuk travelog saya ini dan sudi menyelusuri segala langkah-langkah yang saya akan dan telah lalui dalam proses untuk menjadi Jutawan Takaful ini.
Semoga kita sama-sama akan jadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.. aminnnnnnn..

No comments:

Post a Comment